*Permainan Tradisional Melayu
* Jumaat, Julai 30 around 12:40 PG
Kita berjumpa sekali lagi !(:
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita .
Ada yang di antara permainan ini sudah tidak dimainkan lagi tetapi hanya dikenali oleh ibu bapa dan datuk nenek sahaja .
Saya hendak menerangkan sedikit tentang permainan-permainan seperti capteh , congkak , batu seremban dan juga wau .
CAPTEH :
Permainan capteh juga dikenali sebagai sepak bulu ayam ataupun sebuyam . Ia dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki , sebanyak 2 orang atau lebih . Permainan ini seperti permainan sepak raga , tetapi bola yang digunakan dari bulu ayam . Bulu ayam itu telah dibentuk seperti sejambak bunga .
CARA-CARA UNTUK BERMAIN :
Pemain itu harus menimbang bola bulu ayam itu menggunakan tepi tumit kaki , ataupun lutut . Sepakan tidak dibenarkan dan ia akan dikirakan mati apabila pemain berbuat demikian . Apabila bola dijatuh ke tanah , ia juga akan dikirakan mati .
CONGKAK :
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman ataupun pertandingan . Permainan ini melibatkan pengiraan . Ia juga memerlukan 2 orang pemain . Papan congkak ini mengandungi 14 lubang kecil yang dipanggil "kampung" , dan juga 2 lubang besar dipanggil "rumah" . Ia biasanya menggunakan guli ataupun biji getah .
CARA-CARA UNTUK BERMAIN :
Ia dimulakan secara serentak dan memasukkan "buah" satu demi satu di dalam lubang "kampung" dengan pergerakan dari kanan ke kiri . Ia berterusan hingga ke rumah dan kampung lawan .
Jika "buah" yang terakhir singgah di "kampung" lawan yang kosong , ia mati dengan kerugian .
Di akhir permainan , "buah" congkak akan dikira dari "rumah" masing-masing . Pemain yang memiliki "buah" congkak terbanyak ialah pemenangnya .
BATU SEREMBAN :
Batu Seremban juga dikenali sebagai Selambut , atau Serembat . Ia sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia . Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan , tidak kira secara individu atau berkumpulan seramai 2 hingga 5 orang . Ia biasanya menggunakan beberapa biji buah seperti guli kaca , biji getah , ketul batu yang kecil dan objek-objek lain yang berbentuk bulat .
WAU :
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang . Ia dimainkan sejak kurun ke-15 . Ia ada bermacam-macam ; Wau barat , bayan , bulan , burung , jala budi , katak , kucing , lenggang kebayan , merak pari dan sawah . Ia juga dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan , Terengganu , Kedah dan Perlis .
CARA-CARA UNTUK BERMAIN :
Biasanya , wau akan dimain oleh 2 orang . Salah satu seorang akan memegang wau dan satu lagi , yang dipanggil juru anjung , akan memegang tali .
Tali ditarik untuk melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehingga ia tinggi di langit apabila angin bertiup .
~
KAEY , TERIMA KASIH , BUBYE .
azaa (: