*Sambutan Hari Raya ! (:
* Khamis, Julai 15 around 12:35 PG
HELLO kawan-kawan !Sambutan Hari Raya adalah masa yang sangat gembira dan juga sedih apabila disambut .Ia sangat gembira kerana saudara-mara yang jauh , dekat , tua , muda , kesemuanya berkumpul dan bersuka ria !Ia juga sedih kerana terkenang akan yang sudah pergi meninggalkan dunia
dan juga bermaaf-maafan antara satu sama lain .Maaf Zahir Dan Batin ! (;Di bawah itu gambar saya sekeluarga (:
Okaey , sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba , semua orang Muslim ataupun Islam harus berpuasa selama 1 bulan di Bulan Ramadhan . Mereka bersahur sebelum matahari terbit , dan berbuka apabila sudahnya matahari terbenam . Mereka juga sembahyang Terawih di sepanjang Bulan Ramadhan dan juga membayar zakat fitrah .
Bulan Ramadhan bulan yang suci ! (;Orang-orang berkata , kalau tidak berpuasa , tidak boleh beraya !Mungkin hanya ibu saya sahaja yang mengatakan itu .Bagi yang kanak-kanak , mereka , ataupun kami (: , akan mendapat duit raya apabila mengunjung ke rumah saudara-mara !Itu adalah benda yang paling menarik tentang Hari Raya .Tiap-tiap tahun saya memohon maaf kepada ibu bapa saya , air mata pasti akan mengalir .
Saya akan terkenang akan dosa-dosa saya terhadap orang tua saya .Selalunya , pada hari pertama Hari Raya akan saya teringat keseluruh dosa-dosa .Saya selalu berjanji untuk tidak melakukannya lagi , tetapi ,
itu janji yang sangat susah untuk ditepati walaupun telah mencuba sedaya upaya . Jadi , sampai disini sahaja yang otak saya boleh berfikir . Bulan Puasa tidak lama lagi .
Mohon Maaf Zahir Dan Batin ; Selamat Hari Raya ! :D
GAMBAR-GAMBAR:

Kakak saya dan kawan-kawannya (:

Umar , Ady , Hanani , Fareez dan Aide , hahhahhaha .

:D