*Kuih-Muih Tradisional Melayu
* Khamis, Julai 15 around 10:58 PTG
WAHHHH , KUIH !
Salam sejahtera !
Ada banyak jenis kuih-muih tradisional Melayu (;
Di antaranya ialah Kuih Lapis , Kuih Lopes , Kuih Lompang dan lain-lain .
Ini semua yang bermula dengan huruf L .
Saya tidak tahu kenapa saya memilih huruf L .
Kenape eh ? ehem ..
Kuih yang paling saya gemar ialah Kuih Puteri Salat .
Itulah kegemaran saya kerana sedap lah (:
KUIH LAPIS :

Ia ada bermacam-macam bentuk , saiz dan juga warna . Ia dinamakan Kuih Lapis kerana ia dibuat berlapisan . Ini adalah kuih kegemaran adik saya (:
KUIH LOPES :
Selama saya tahu , Kuih Lopes cuma mempunyai bentuk bulat dan juga segi-tiga . Ia biasanya dimakan dengan gula . Ini pula kuih kegemaran ibu saya xD
KUIH LOMPANG :

Pada pendapat saya , bentuk kuih ini sungguh comel ! Ia berbentuk seperti cawan kecil , dan ia sangat berwarna-warni juga ! Saya juga tidak tahu itu sehingga melihat gambar yang berada di atas ^^
Inilah kuih yang saya sangat gemari (:
KUIH PUTERI SALAT (:
Wahhh , kuih ini JUGA berwarna-warni .
Bentuknya juga berbeza .
Saya biasanya makan yang berwarna hijau . Saya tetap suka kuih itu !
GAMBAR KUIH-MUIH ITU SUNGGUH SEDAP LAH !